Lawatan Kerja Rasmi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
1 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 30 September 2025 (Selasa), NADI Kampung Jeriah telah menerima lawatan kerja rasmi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Delegasi dari MCMC HQ diketuai oleh Encik Muhammad Razali Anuar (Chief Industry Development Officer), Encik Abdullah Sani Mohamed (Head of Foresight Division), Puan Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman (Director II, NADI Office), Puan Nurul Jannah Sulaiman (Director II, Foresight Division), Encik Aiman Faris Shajihan (Assistant Director, Foresight Division) dan Puan Wan Amalia Husna Wan Mohd Suhaimi (Assistant Director, Foresight Division). Manakala MCMC Sarawak diwakili oleh Encik Adiman Ajem (Senior Director, Sarawak Region), Puan Dinah Samuel (Director, MCMC Sibu Office), Encik Radin Blayong (Deputy Director, MCMC Sibu Office) dan Cik Nurul Ain (Asst. Executive, MCMC Sibu Office). Lawatan kerja rasmi ini bermula pada jam 4:00 petang sehingga jam 5:00 petang.
Lawatan kerja rasmi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengurus NADI Kampung Jeriah, Cik Sinorita Anak Tenggai. Beliau turut membentangkan infopack yang memaparkan tentang aktiviti-aktiviti Smart Services yang telah dilakukan di NADI Kampung Jeriah. Sebelum pembentangan tamat, terdapat sesi soal jawab daripada delegasi-delegasi yang hadir. Lawatan kerja rasmi ini diakhiri dengan sesi begambar dan jamuan ringgan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: